Rabu, 2 Januari 2013

MISI



Membangun potensi individu melalui pengurusan pendidikan berkualiti

VISI


SMK Sungai Kapar Indah 5 Teratas Daerah Klang Menjelang 2015

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyuluh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat danNegara.

IKRAR PELAJAR SMKSKI


Bahawasanya kami pelajar-pelajar SMKSKI
berjanji dan berikrar akan mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah, belajar bersungguh-sungguh,menjaga disiplin diri dan memelihara nama baik sekolah sepanjang masa.
Kami juga berjanji sentiasa menghormati ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan berteraskan prinsip-prinsip Rukunegara.
· Kepercayaan Kepada Tuhan
· Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
· Keluhuran Perlembagaan
· Kedaulatan Undang-undang
· Kesopanan dan kesusilaan

LAGU SEKOLAH SMKSKI


Sekolahku Tercinta
Berusaha, Berilmu, Berjasa
Berdisiplin Bergerak Maju
Warganya Bersatu Padu

Indahnya Sekolahku
Tanpa Jemu Menimba Ilmu
Hormat Ibu Bapa Dan Guru
Ku Kotakan Janjiku.

c/oMasa Tidak Menunggu Kita
Guna Dengan Bijaksana
Baca Bersih Jadi Budaya
Jati Diri Kita

Tuhanku Berkatilah
SMK Sungai Kapar Indah
Megah Namamu
Sumpah Setiaku
Pasti Kita Akan Berjaya 2X

BUDAYA


BACA
BERSIH
BERBUDI PEKERTI MULIA
BEKERJASAMAB
ERDAYA SAING
BERWAWASAN

LENCANA SMKSKI



SIMBOL


BUKU : Melambangkan kesuburan ilmu yang sentiasa berkembang.


RODA : Melambangkan rukun iman serta melambangkan kemajuan sains dan teknologi yang perlu diterokai.


POKOK JATI : Melambangkan jati diri pelajar yang keteguhan seimbang dari jasmani, emosi, rohani dan intelek.




WARNA


KUNING : Kebesaran Tuhan dan ketaatan kepada raja dan pemimpin


HIJAU : Kecintaan terhadap kehidupan yang amandan pemupukan perpaduan antara kaum.


MERAH : Keberanian , ketekunan dan kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan.




UNGKAPAN

BERUSAHA : Rajin, bekerja keras dan bersemangat kuat untuk mencapai matlamat.


BERILMU : Tekun mencari ilmu dan mencintainya dalam usaha menjadi insan yangcemerlang


BERJASA : Pendidikan dengan kesedaran bahawa pembentukan Insan akhirnya

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung warisankebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu, memelihara satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

P ada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan.