Selasa, 15 Januari 2013

PELANCARAN MAJLIS SAMBUTAN 10 TAHUN SMKSKI



Tarikh    : 14 Januari 2014 (Isnin)
Masa     : 7.10 - 8.40 Pagi/ 12.50 - 1.50 Petang
Tema     : Semarak Sedekad Sekolahku Sayang
Perasmi  . Mohd Jamil Bin Abu Bakar, YDP PIBG SMKSKI
Anjuran   Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
Pengarah Program          : Pn. Patmavathy a/l Muniandy
                                      : Pn. Maheran bt Ayub
Pengenalan
Pelancaran Sambutan 10 tahun SMKSKI adalah untuk member maklumat tentang aktiviti yang akan dijalankan kepada pelajar supaya semangat sayang akan sekolah dalam kalangan warga sekolah          diterapkan.

Matlamat
Meningkat bidang keberhasilan sekolah melalui penyerapan semangat sayang akan sekolah dalam kalangan warga sekolah.

Objektif
1. Menyemarak semangat sayang akan sekolah melalui aktiviti yang disusun sepanjang   program dijalankan
2. Membentuk semangat satu hati, satu jiwa dan satu matlamat pada semua warga sekolah
3. Menyampaikan maklumat kepada para pelajar tentang aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun
4. Meningkatkan bidang keberhasilan sekolah melalui semangat saying akan sekolah dan semangat kesatuan warga SMKSKI

Catatan Perjalanan Program
Majlis dimulakan dengan 3 buah lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dengan iringan pasukan kuir sekolah bimbingan En. Mohd Wazir bin Abbas. Ucapan alu-aluan Pn. Hajah Mawarni bt Yahya menyemarak aura  cintakan sekolah di kalangan warga sekolah. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YDP PIBG mengimbau kenangan 10 tahun SMKSKI mulai 2003 - 2013. 
Majlis diakhiri dengan persembahan deklamasi sajak dan dendangan 2 buah lagu kuir yang              menyerikan majlis.

Ulasan / Catatan
Secara keseluruhan program berjalan dengan lancar. Majlis dijalankan mampu menyemarakkan semangat menyanyangi sekolah di kalangan warganya.

Semoga semangat sayang akan sekolah yang tersemai mampu membantu meningkatkan keberhasilan sekolah dipersada Negara dan antarabangsa.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.