Ahad, 13 Januari 2013

PELANCARAN PROGRAM DENGGI DAN OPS BERSIH



Tarikh      : 11 Januari 2013
Masa       : 7.20 pagi / 12.30 petang
Tempat    : Dataran Perdana SMKSKI / Dewan Terbuka SMKSKI
Tema       : 'Bersih, Ceria, Sihat, Budaya SMK Sungai Kapar Indah'
Anjuran    : Unit HEM SMK Sungai Kapar Indah
Pengarah Program : Pn Edawati bt Arudin
Perasmi    : Puan Hajah Mawarni bt Yahya

Pengenalan
Program 3K adalah singkatan kepada Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan  Salah satu Program 3K yang dirancang ialah Program Denggi dan Ops Bersih. Program yang dijalankan, ini seharusnya dapat membri impak yang positif terhadap pembangunan sahsiah antara warga sekolah dan persekitaran fizikal sekolah.

Objektif

  1. Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi dalam kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan demam denggi.
  2. Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, kondusif dan bebas daripada pembiakan nyamuk aedes
  3. Menjadikan pelajar sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan nyamuk aedes.
  4. Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya dan cara hidup sihat
Perjalanan Program
Majlis berjalan lancar. Majlis ringkas tetapi bermakna bagi semua warga SMKSKI.

Catatan / Ulasan
Adalah diharapkan Program3K dapat memberikan banyak faedah sama ada jangka pendek dan panjang kepada institusi persekolahan. Antara lain ia mampu mewujudkan suasana institusi persekolahan yang baik, pelajar-pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Suasana yang indah dan cantik mampu memberi keyakinan dalam diri pelajar dan juga para guru dalam mewujudkan sistem pendidikan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.